| Kata-Kata Hikmah |
|
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula
ke pada Ilahi.
|
|
| INILAH DAKWAH KITA |
INILAH DAKWAH KITA oleh Ustazah Zubaidah (Penasihat Usrah IPTA)
Saya telah membaca buku Beberapa Peringatan untuk Para Da'i. Bahan ini boleh dijadikan sumber dalam program usrah. Bahan ini berguna kepada pendakwah dan juga kepada orang yang didakwahkan (mad'u). Saya hanya memetik isi-isi penting daripada buku itu untuk panduan kepada naqib atau naqibah memilih persoalan-persoalan penting yang harus difokuskan semasa perbincangan dalam usrah nanti. Fasal Pertama: Inilah Dakwah Kita Tujuan/Matlamat Dakwah
Dakwah kita adalah untuk seluruh manusia umumnya dan umat Islam secara khusus, menyeru mereka supaya memberikan sepenuh pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan tidak menjadikan sesembahan lain sebagai Tuhan dan Rabb.
Dakwah kita adalah untuk manusia yang mempunyai persediaan untuk menerima Islam sebagai Din dan pegangan hidup, mengikhlaskan keyakinan sebulatnya kepada Allah membersihkan jiwanya daripada segala penyakit nifak dalam setiap amalan, supaya tidak bertentangan dengan Islam.
Dakwah kita adalah untuk alam sejagat, menyeru mereka membangkitkan suatu revolusi dan perubahan menyeluruh terhadap sistem pemerintahan kini kerana pemerintahan hari ini dikuasai taghut dan perosak-perosak yang hidup bermaharajalela di permukaan bumi dengan berbagai kemusnahan. Kekuasaan daripada kepimpinan ideologi yang zalim ini mesti dihentikan, diserahkan kepada orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, beriman dengan agama yang hak (benar) tiada keinginan kepada kemegahan, kemaharajalelaan dan kemusnahan di muka bumi.
Tugas Naqib atau Naqibah ialah menghuraikan persoalan-persoalan di bawah:
Orang Islam terlebih dahulu memerlukan penerangan, penjelasan dan perincian, apa lagi orang yang bukan Muslim.
Manusia tidak mengimani hak kehakiman dan kekuasaan Allah dalam semua urusan kehidupan di muka bumi.
Hakikat pengabdian ialah menerima semua bahagian kehidupan secara bersepadu: pertama, semua perkara yang berhubung dengan soal-soal agama;dan kedua, perkara-perkara yang berhubung dengan persoalan-persoalan keduniaan dengan kepelbagaian masalahnya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk masuk ke dalam agama Allah secara menyeluruh, merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. "Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruhnya...."
Apa maksud Din? Maksudnya ialah cara hidup. Din Islam ialah cara hidup Islam. Cara hidup meliputi semua aspek kehidupan manusia. Misalnya ekonomi, politik, sosial, antarabangsa, ilmu pengetahuan, akhlak, bahasa dan sebagainya. Ad-Din itu satu, tetap dan tidak berubah; al-Qur'an tetap terpelihara dan di dalamnyalah terkandung ajaran yang meliputi semua aspek itu.
Erti pengabdian yang dilaung-laungkan oleh rasul-rasul "Mengaku dan meyakini bahawa tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Esa" ialah taat dan patuh dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Dan itulah makna takwa.
Siapakah yang nifak? Seseorang yang berpura-pura mengimani sesuatu sistem yang tertentu, menunjukkan penggabungan, penyerahan dan kepatuhan kepada-Nya tetapi pada waktu yang lain dapat hidup dengan penuh rasa aman dan rela hati di bawah naungan satu sistem lain yang bercanggah dengan sistem yang awal tadi.
Siapa taghut? Menurut Kamus Al Marbawi, tiap-tiap orang yang penganiaya (zalim), tiap-tiap kepala atau ibu penyesat, syaitan yang memalingkan dari jalan yang baik, tiap-tiap yang disembah selain Allah.
Kemusnahan di bumi ... sila kaitkan kemusnahan alam (di laut, di udara dan di darat) dengan Pendidikan Alam Sekitar, Kajian Tempatan atau Sains. Kemusnahan ini baik kemusnahan dalam sistem Islam dan juga kemusnahan alam.
|
| Comments |
#1 |
on November 10 2009 21:40:54
#2 |
on November 12 2009 01:23:03
#3 |
on November 13 2009 11:57:22
#4 |
on December 15 2009 00:02:23
#5 |
on December 27 2009 18:08:48
#6 |
on December 29 2009 08:23:06
#7 |
on December 31 2009 13:15:00
#8 |
on January 01 2010 18:19:08
#9 |
on January 01 2010 21:31:26
#10 |
on February 08 2010 21:11:15
|
| Ratings |
|
Rating is available to Members only.
Please login or register to vote.
No Ratings have been Posted.
|
|
| Users Online |
Guests Online: 8
Members Online: 1
raymondhorne
Total Members: 1,345
Newest Member: mollpritt
|
| Shoutbox |
|
You must login to post a message.
|
|