Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula
ke pada Ilahi.
BELAJAR MEMBACA AL-QURAN Bersama Ustaz Mohd Nor, alaf21.com.my
SOALAN:
Saya berumur 21 tahun. Namun, dalam usia begini saya masih tidak mampu membaca al-Quran. Saya ingin mempelajari al-Quran tetapi malu. Bagaimanakah cara terbaik untuk saya agar dapat menguasai bacaan al-Quran?
JAWAPAN:
Alhamdulillah kerana ALLAH telah memberi hidayah kepada saudari untuk mendalami ilmu al-Quran. Tidak ada ilmu paing menguntungkan bagi orang yang beriman selain mempelajari Kitabullah (al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w (hadis).
Menurut Uthman bin Affan r.a, Nabi s.a.w telah bersabda: "Sebaik-baik manusia ialah orang yang suka mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain." - Hadis riwayat al-Bukhari dan selainnya.
Bersumberkan ilmu al-Quran dan hadis sahih yang dipelajari, pelbagai ilmu dapat dikembangkan seperti ilmu nahu sorof, ilmu sains, ilmu matematik dan sebagainya. Malah, jiwa seseorang juga akan tenang dengan membaca al-Quran.
Firman ALLAH S.W.T: "Bukankah dengan berzikir (mengingati) ALLAH itu dapat menenangkan hati-hati kamu." - Surah al-Ra'd: 28.
Selain itu, al-Quran juga mampu memberi syafaat (jaminan) kepada pembacanya yang setia dan mengamalkan isi kandungannya pada hari kiamat pada hari tidak ada sebarang pertolongan melainkan pertolongan ALLAH.
Nabi s.a.w juga menyeru umatnya agar segera mempelajari al-Quran dan mengamalkannya sebelum datangnya satu generasi yang membaca al-Quran bukan kerana ALLAH. Malah, al-Quran dijadikan sebagai sumber untuk mendapatkan rezeki atau mengaut keuntungan dan bukan untuk diamalkan.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Pelajarilah al-Quran dan mohonlah syurga kepada ALLAH sebelum datangnya suatu generasi yang mempelajari al-Quran sambil meminta-minta habuan dunia. Sesungguhnya al-Quran dipelajari oleh tiga golongan: Golongan yang hanya memperelokkan bacaan al-Quran (tanpa beramal), golongan yang mencari rezeki melalui al-Quran dan golongan yang mempelajari al-Quran kerana ALLAH." - Hadis ini diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Sahihah, ms. 519, no. hadis (258), bab: Al-'Ilm wa al-Sunnah wa al-Hadis al-Nabawi.
Malu memang dibenarkan dalam Islam. Malu untuk melakukan dosa, malu untuk mengkhianati ALLAH dan Rasul-NYA dan malu untuk melanggar syariat yang ditetapkan. Tetapi, malu untuk mempelajari al-Quran tidak menepati maksud malu yang disyarakkan oleh ALLAH. Nabi s.a.w sendiri seorang pemalu. Tetapi, baginda tidak pernah malu untuk menyampaikan kebenaran walaupun dipukul, disakiti dan dikeji.
Malu untuk melakukan amal soleh bererti malu untuk mengumpulkan mata ganjaran pahala yang diberikan oleh ALLAH selagi masih bernyawa. Tidak berfaedah seseorang ingin mempelajari al-Quran apabila saat ajal sudah tiba atau sewaktu usia telah lanjut. Bahkan, ketika itu lidah sudah menjadi kelu.
Menurut pandangan saya, terdapat CD bacaan al-Quran dan bacaan iqra di pasaran yang boleh didapati untuk membantu saudari. Setelah mampu menguasai sedikit asas-asas bacaan al-Quran atau diistilahkan sebagai 'mengenal huruf', berusahalah mencari guru al-Quran yang bertauliah atau benar-benar menguasai bacaan al-Quran. Nasihat saya, jangan mudah terpedaya dengan kebanyakan guru al-Quran yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan duniawi. Natijahnya, apa yang diingini tidak berhasil.
Janganlah timbul perasaan malu untuk berbuat kebaikan. Segeralah melakukannya sebelum syaitan cuba memainkan peranannya.
Bukan kah orang yang baru merangkak bace al-Quran kerana belum fasih dan masih belajar membacanye memdapat dua pahala? Kerana die berusaha dan belajar untuk membace, dan lagi satu die membaca Al-Quran? Sedangkan orang yang fasih membace hanye mendapat satu pahala? Allahu Alam,
Ive read a hadith stating the above few days ago... I didnt save it, If anyone know the hadith source please post it here. JazakAllah Khayran
Ar-Ruhul Jadid Fi Jasedil Ummah, insyaAllah
Whatever is with you, will be exhausted, and whatever with Allâh (of good deeds) will remain. And those who are patient, We will certainly pay them a reward in proportion to the best of what they used to do. [16:96]
Bukan kah orang yang baru merangkak bace al-Quran kerana belum fasih dan masih belajar membacanye memdapat dua pahala? Kerana die berusaha dan belajar untuk membace, dan lagi satu die membaca Al-Quran? Sedangkan orang yang fasih membace hanye mendapat satu pahala? Allahu Alam,
Ive read a hadith stating the above few days ago... I didnt save it, If anyone know the hadith source please post it here. JazakAllah Khayran
Assalamualaikum,
Dari segi logiknya pun takkanlah orang baca al-Quran dengan lancar dapat lebih kurang dari pahala orang bacaannya tak lancar.
Macam tu semua orang nak baca al-Quran dalam keadaan gagaplah. Sebenarnya hadis itu menyebut bahawa orang bacaannya gagap mendapat dua pahala kerana berusaha untuk belajar dan tetap membaca walau dalam keadaan gagap.
Dan orang yang bacaannya lancar, malaikat akan turun dari langit dan akan membaca al-Quran bersama-sama dengan orang yang bacaannya lancar tadi.
Kita tahu bahawa malaikat ialah makhluk Allah yang paling hampir dengan Allah. Jadi bagaimana agaknya kalau malaikat turut bersama-sama kita membaca al-Quran? Tentu lagi hebat ganjarannya kan.
SEMPURNAKAN BACAAN AL-QURAN KITA DENGAN MENDALAMI ILMU TAJWID!!!

Jzkillah, benar apa kata saudara/i,
Hadith ini tidak menyuruh org baca dalam keadaan gagap, hadith ini mengatakan pahalanya 2 kali lebih banyak. 1 pahala utk berusaha membaca walaupun gagap, 2 pahala menyempurnakan bacaan itu insyaAllah.
Pada bacaan org yang sudah mantap, alhumdulillah pahala nya banyak, insyaAllah Allah swt akan menurun malaykah mengiringi bacaan itu, tetapi lebih banyak berkali ganda jika dipraktikkan ayah2 itu disebut
saya adalah org baru dalam muslim diary ini.saya harap segala masalah saya dapat d selesai dalm diary ini/ ..masalah saya kadang2 hati saya akan terungkap(saya muslim,,saya bukan muslim.,no2 saya mu